Lawatan Kerja Pegawai-Pegawai Mahkamah Persekutuan Putrajaya Bertujuan Melihat Pengurusan Rekod MSNM
Lawatan Kerja Pegawai-Pegawai Mahkamah Persekutuan Putrajaya Bertujuan Melihat Pengurusan Rekod MSNM

15 September 2015 - Seramai tiga orang Pegawai Mahkamah Persekutuan Putrajaya iaitu Encik Yasir Muda bin Azizi, Ketua Pen. Pegarah Seksyen Khidmat Pengurursan, Puan Shahida binti Mohamad Salleh, Pegawai Arkib, Unit Pengurusan Rekod, Seksyen Khidmat Pengurusan dan Puan Nor Suhaila binti Mohd Saad, Pembantu Tadbir (Fail/Pelupusan) Unit Pengurusan Rekod, Seksyen Khidmat Pengurusan serta Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Melaka, Puan Kaszilawati binti Kasman telah membuat lawatan ke Kompleks Mahkamah Syariah Melaka dalam rangka kerja melihat sendiri Pengurusan Rekod yang di amalkan di Mahkamah Syariah ini.

Lawatan bermula jam 11.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, Encik Ahmad Hambali Bin Mohamad Ali. Kemudian disusuli dengan ucapan Ketua Pendaftar, Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz yang turut mengalu-alukan kehadiran tetamu-tetamu yang hadir. Ketua rombongan iaitu Encik Yasir Muda pula menyampaikan ucapan sejurus selepas ucapan Ketua Pendaftar dan mengucapkan ribuan terima kasih atas sambutan pihak oleh Mahkamah Syariah Melaka. Ujar beliau, lawatan hari ini adalah yang bersejarah kerana ia adalah pertama kali dianjurkan semenjak Mahkamah Syariah berpindah ke bangunannya sendiri semenjak Februari 2013.

Bagi mengenali sejarah penubuhan serta fungsi setiap bahagian di dalam Mahkamah Syariah dengan lebih dekat, para tetamu dipersembahkan dengan tayangan video koprat Mahkamah Syariah. Selepas itu, majlis taklimat mengenai pengurusan rekod mahkamah telah di sampaikan oleh Encik Ahmad Hambali Bin Mohamad Ali selaku Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) bagi memberikan info awal mengenai sistem yang digunapakai.
Sesi lawatan ke Bilik Rekod Utama jabatan di ketuai oleh Tuan Ketua Pendaftar dan sesi penerangan diberikan sepanjang lawatan tersebut berlangsung. Selpepas itu, para pelawat dibawa melawat ke Galeri Mahkamah Syariah untuk melihat khazanah-khazanah dan bahan-bahan sejarah yang disimpan di situ.

Program lawatan diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati oleh pihak Mahkamah kepada para pelawat yang hadir. Semoga lawatan kali ini menjadikan MSNM sebagai salah sebuah jabatan contoh di dalam mengamalkan amalan pengurusan rekod terbaik di Melaka khususnya dan Malaysia amnya.

Berita dan Gambar Disediakan Oleh : En Ahmad Hambali Bin Mohamad Ali

.png)

.png)