Skip to main content

Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM)

Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM)


Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM)25 Februari 2016 - Tanggal 25 Februari 2016 bersamaan 16 Jamadil Awwal 1437H,Hari Khamis, merupakan hari bersejarah bagi warga MSNM apabila Kompleks MSNM telah dirasmikan dalam satu Majlis Perasmian Kompleks MSNM. Majlis tersebut telah berjaya disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg.Toh Puan Datuk Seri Utama Dato’ Zurina Binti Kassim.
 

25 Februari 2016 - Tanggal 25 Februari 2016 bersamaan 16 Jamadil Awwal 1437H,Hari Khamis, merupakan hari bersejarah bagi warga MSNM apabila Kompleks MSNM telah dirasmikan dalam satu Majlis Perasmian Kompleks MSNM. Majlis tersebut telah berjaya disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg.Toh Puan Datuk Seri Utama Dato’ Zurina Binti Kassim.

 

Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM)

 

 

Kehadiran para jemputan ke majlis tersebut seperti wakil jabatan dalam dan luar Negeri Melaka, Universiti dan Kolej, Sekolah-Sekolah hampir mencecah 2000 orang. Antara Dif-dif kehormat yang hadir ialah YB Mejar Jeneral (B) Dato’Seri Jamil Khir Bin Hj.Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan isteri, YAB Datuk Seri Ir. Hj.Idris Bin Hj.Haron, Ketua Menteri Melaka dan isteri.

 
 
 
Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM)
 
 
Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM)

Sementara menunggu kehadiran Tuan Yang Terutama Tun dan YABhg.Toh Puan, para tetamu dihiburkan dengan tayangan montaj MSNM sambil disajikan halwa telinga dengan dendangan qasidah serta selawat oleh kumpulan Khaliffah Ummah dari Sungai Rambai,Melaka. Program pertama pada majlis perasmian itu ialah sesi bergambar warga MSNM bersama Tuan Yang Terutama Tun dan YABhg.Toh Puan sebaik sahaja mereka tiba di Kompleks MSNM.

 

Seterusnya mereka terus dibawa ke pentas utama majlis untuk program berikutnya seperti nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya, bacaan doa oleh Mufti Negeri Melaka, tayangan video korporat,ucapan aluan oleh YB Menteri di JPM dan YAB Ketua Menteri Melaka. Usai ucapan aluan itu, tiba masa yang ditunggu-tunggu khususnya warga MSNM iaitu lafaz perasmian Kompleks MSNM oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama. Lafaz perasmian tersebut diiringi dendangan selawat dan gimik perasmian. Selepas lafaz perasmian itu, penyampaian cenderamata daripada MSNM kepada Tuan Yang Terutama Tun dan YABhg.Toh Puan.

Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM)
 
Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM)
 
Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM)
 
Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM)
 

Sebaik sahaja selesai penyampaian cenderamata tersebut, Tuan Yang Terutama Tun dan YABhg.Toh Puan diiringi YB Mejar Jeneral (B) dan Ketua Menteri Melaka bersama Ketua Hakim Syarie MSNM,Datuk Hj.Mohd Radzi Bin Abdul Latif, Ketua Pendaftar MSNM,Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi MSNM, YA Tuan Mohd Asri Bin Tahir dan YA Tuan Mohd Khalid Bin Shaii@Shaie, dibawa ke Dewan Bicara 1 MSNM bagi sesi lawatan. Sedikit lakonan ringkas berkaitan perbicaraan yang dipersembahkan oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri Melaka,Puan Jamiah Binti Husin dan beberapa kakitangan MSNM.

Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM)

 

Selesai sesi lawatan di dewan perbicaraan, Tuan Yang Terutama Tun dan YABhg.Toh Puan dibawa ke galeri MSNM untuk menandatangani Buku Pelawat. Seterusnya, Majlis Jamuan Tengahari disediakan untuk Tuan Yang Terutama Tun dan YABhg.Toh Puan bersama Dif-dif terhormat dan juga kepada tetamu-tetamu yang hadir.

Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM)

 

Tepat jam 12.00 Tengahari, TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg.Toh Puan Datuk Seri Utama Dato’ Zurina Binti Kassim beredar meninggalkan majlis kemudian sidang media bersama Ketua Menteri Melaka diadakan bertempat di Dewan Imam Syafi’ie MSNM.

Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM)

 

Majlis Perasmian Kompleks MSNM berjalan lancar dan meriah serta bakal meninggalkan sejarah yang sangat berharga bagi semua warga MSNM.Tahniah diucapkan.

 

Berita dan Gambar Oleh : Cik Izzah Hanani Binti Suhaimi dan  Pn Shahmizah Binti Sahad