30 Ogos 2018 | 18 Zulhijjah 1439H (Khamis) - Kursus Juruaudit Dalam ISO 9001:2015 Mahkamah Syariah Negeri Melaka. Kursus anjuran sekretariat ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 Patuh Syariah telah dipengerusikan oleh Ketua Hakim Syarie MSNM, YAA Datuk Hj. Mohd Radzi Bin Hj. Abd Latif dan dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi dan dan auditor MSNM. Kursus disampaikan oleh Encik Bakri Bin Jali daripada SIRIM. Tujuan kursus diadakan adalah untuk memberi dan menambah pengetahuan kepada auditor dalam MSNM sebagai persediaan mengaudit pada masa akan datang juga untuk menambah pengetahuan berkaitan teknik pengurusan risiko dan pemahaman standard 9001:2015.
Disediakan Oleh: Izzah Hanani Binti Suhaimi