MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA SEBAGAI TUAN RUMAH DAN MENJADI JUARA KESELURUHAN SUKAN MAHKAMAH SYARIAH SELURUH MALAYSIA KALI KE-4 2017
MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA SEBAGAI TUAN RUMAH DAN MENJADI JUARA KESELURUHAN SUKAN MAHKAMAH SYARIAH SELURUH MALAYSIA KALI KE-4 2017
10-13 Ogos 2017 (Khamis-Ahad) - Mahkamah Syariah Negeri Melaka (MSNM) telah menjadi tuan rumah dalam Kejohanan Sukan Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Kali ke-4 (SMS-4) Tahun 2017. Program ini berlangsung selama empat hari bermula daripada 10 hingga 13 Ogos 2017 (Khamis hingga Ahad) dan bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Temasya SMS ini merupakan kejohanan dwi tahunan anjuran Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN)/Mahkamah Syariah Negeri (MSN). Pada tahun ini, MSNM telah terpilih untuk menjadi tuan rumah SMS-4.
![]() |
![]() |
Buat julung kalinya, temasya SMS kali ini telah berjaya melibatkan penyertaan semua negeri termasuk Negeri Sabah dan Sarawak sehingga penglibatan atlet-atlet mencecah seramai 1300 orang. Pertambahan jumlah acara juga meningkat berbanding SMS sebelum ini iaitu sebanyak 17 acara iaitu badminton, bola baling, bola jaring, bola sepak, bola tampar, catur, memanah, sepak takraw, petanque, kayak, dart, pingpong, karom, boling, menembak dan golf. Ketua Hakim Syarie MSNM, YAA Datuk Hj. Mohd Radzi Bin Hj. Abd. Latif antara peserta yang turut sama menyertai temasya kali ini iaitu dalam acara sukan pingpong dimana beliau amat berbakat dalam sukan tersebut manakala Naib Canselor UTeM, YBhg Prof. Datuk Dr. Shahrin Bin Sahub@Sahibuddin dan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM YAA Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ibrahim Bin Lembut menyertai acara sukan memanah sebagai perlawanan persahabatan. Jumlah keseluruhan pingat sebanyak 640 iaitu 160 untuk pingat emas dan perak dan gangsa sebanyak 320 pingat.
Program temasya kali ini dimulakan dengan Majlis Perasmian Pembukaan pada 10 Ogos 2017 bermula dari jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam dan diadakan di Stadium UTeM. Majlis dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris Bin Haji Haron, Ketua Menteri Melaka. Tetamu terhormat yang turut hadir pada majlis tersebut ialah YAB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YAA Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ibrahim Bin Lembut, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, YBhg Prof. Datuk Dr.Shahrin Bin Sahub@Sahibuddin, Naib Canselor UTeM, YB Datuk Ab. Wahab Bin Ab. Latip, Timbalan Speaker merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Durian Tunggal dimana lokasi SMS diadakan, YAA Datuk Hj.Mohd Radzi Bin Hj. Abd. Latif, Ketua Hakim Syarie MSNM dan Timbalan Presiden PPSM, Tuan Mohammad Yusro Bin Borhan Nordin.
Majlis Perasmian Penutupan dan Majlis Makam Malam pula telah diadakan pada 12 Ogos 2017 bermula dari jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam bertempat di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Datuk Seri Naim Bin Abu Bakar, setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dimana kerajaan Negeri Melaka merupakan penaja utama majlis makan malam tersebut. Tetamu terhormat yang turut hadir meraikan majlis ini ialah YB Datuk Wira Hj. Ab. Rahaman Bin Hj. Ab. Karim,Exco Kesihatan, Sukan dan Antidadah. Majlis penutupan berjalan dengan lancar dan meriah. Antara waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh semua peserta pada majlis penutup SMS4 2017 ialah pengumuman anugerah juara keseluruhan, perbarisan kontinjen terbaik dan olahragawan dan olahragawati SMS4 2017. Sangat membanggakan apabila Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah diumumkan sebagai juara keseluruhan SMS4 2017. MSNM berjaya mengumpul 26 pingat keseluruhan iaitu 9 Emas, 6 Perak dan 11 gangsa. Hasil usaha, latihan dan semangat kontinjen daripada MSNM sendiri sebagai persediaan menghadapi SMS4 2017.
Tahniah diucapkan kepada warga MSNM atas penganjuran program SMS4 2017 yang berjalan lancar dan penuh gilang gemilang. Disamping menjadi tuan rumah, MSNM juga berjaya menjadi JUARA keseluruhan SMS4 2017, satu pengalaman yang sangat berharga dan menjadi sejarah buat MSNM sendiri terutamanya.
TAHNIAH MSNM!!!
Disediakan Oleh: Izzah Hanani Binti Suhaimi
MS
EN
























.png)





.png)








