MUZAKARAH HAKIM SYARIE MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA BIL.3/2018
MUZAKARAH HAKIM SYARIE MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA BIL.3/2018
03-05 Ogos 2018 | 21-23 Zulkaedah 1439H - Muzakarah Hakim Syarie Negeri Melaka telah melabuhkan tirai pada jam 1:00 petang dengan ucapan penangguhan oleh YAA Datuk Hj Mohd Radzi bin Hj Abd Latif, Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka. Muzakarah telah berlangsung selama tiga (3) hari dua (2) malam bermula 3 Ogos yang bertempat di Hotel Heritage, Cameron Highlands, Negeri Pahang Darul Makmur.
Peserta Muzakarah Hakim Syarie MSNM Bil.3-2018
Penglibatan seramai 28 orang peserta yang terdiri dari YAA Ketua Hakim Syarie, Ketua Pendaftar, Hakim-hakim dan Pendaftar-pendaftar Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah Syariah. Selain itu, program tersebut turut disertai oleh Pegawai-pegawai dari Unit Dasar & Penyelidikan, Unit Sulh, Unit Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga, Unit ICT dan barisan urusetia.

YAA Datuk Hj Mohd Radzi Abd Latif, Ketua Hakim Syarie bersama barisan Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah dan Ketua Pendaftar sedang mendengar pembentangan
Kertas Konsep oleh Tn.Shukeri Najib Ab Rahim
Peserta sedang memberi perhatian terhadap perbahasan muzakarah
Sebanyak 3 Kertas Konsep telah dibentangkan dalam persidangan muzakarah iaitu SOP Permohonan Kebenaran Pernikahan Di Bawah Umur, Kaedah Penentuan Tempoh Bermastautin Menurut Syarak, dan Penyelarasan Format Penulisan Perintah kes-kes lazim Mahkamah Tinggi Syariah. Selanjutnya, muzakarah tersebut juga telah berjaya mencapai persetujuan sebagai jalan penyelesaian beberapa permasalahan yang berlaku di peringkat Pendaftaran dan Pengurusan Kes di hadapan Pendaftar. Butiran keputusan muzakarah direkodkan dalam bentuk resolusi bagi tujuan penyelarasan kerja Mahkamah. Seterusnya, urusetia muzakarah juga turut mengadakan kunjungan hormat ke Mahkamah Rendah Syariah Cameron Highlands. Kunjungan urusetia telah disambut mesra oleh Tuan Borhan Bin Hussin, Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan Tuan Muhammad Hanis Ridha bin Makmor, Penolong Pendaftar serta diiringi kakitangan mahkamah berkenaan.

Gambar bersama kakitangan Mahkamah Rendah Syariah Cameron Highlands

Gambar kenangan Tn.Abu Suffian Bin Abu Yaziz, Ketua Pendaftar MSNM (kanan)
bersama Tn.Borhan Bin Hussin, Hakim Syarie MRS Cameron Highlands (kiri)
Disediakan Oleh: Mohd Hafiidz Bin Azman
MS
EN






















.png)





.png)








