Skip to main content

Program Green Xplorace 2019

Program Green Xplorace 2019


20 April 2019 | 14 Syaaban 1440H (Sabtu) - Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dengan kerjasama Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka telah menganjurkan PROGRAM GREEN XPLORACE 2019 yang diadakan di Dataran Keris Alor Gajah bermula jam 7.30 malam. Program ini telah disertai oleh dua orang wakil dari MSNM iaitu Encik Muhammad Syukri bin Hashim dan Encik Abdul Halim bin Mohamad Udin Najmudin. Acara ini merupakan acara berjalan kaki/berlari sambil menjawab soalan berkaitan amalan hijau.

Laluan pertandingan adalah sekitar 2 KM. Antara objektif program ini adalah menguji minda dan ketahanan fizikal peserta seperti aktiviti berbasikal dan berlari. Semangat kerja berpasukan adalah penting dan diutamakan dalam mengharungi cabaran bagi melengkapkan tugasan. Semoga program sebegini akan meningkatkan minat mendalam kepada warga MSNM untuk terus mengamalkan budaya amalan hijau di samping memberikan kesihatan kepada tubuh badan dan cerdas akal fikiran.

Program Green Xplorace 2019 Program Green Xplorace 2019 Program Green Xplorace 2019

Disediakan Oleh: Ramlah Binti Kassim